Wednesday, March 7, 2007

HALATUJU BOLASEPAK NEGARA....ADUHAiiiiiiiiii

‘Satu Malaya’ dah tahu hasil Simposium Bolasepak FAM minggu lalu. Dengan langkah yang sungguh berani FAM mengumumkan sasaran untuk Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Dunia iaitu tahun 2022. Media massa pula telah menjalankan peranannya dengan berkesan dalam mengetengahkan perkembangan ini ke khalayak masyarakat. Segalanya kini kelihatan seperti ’sudah sedia’ untuk dihadapi.
Namun begitu, elok direnung sedikit analisis tentang tahun 2022, iaitu sasaran yang telah ditetapkan itu. Berdasarkan perkiraan mudah, tahun 2022 itu adalah satu garis masa seperti berikut :
65 tahun semenjak Malaysia merdeka
36 tahun selepas Korea Selatan layak ke Piala Dunia 1986, Mexico
31 tahun setelah Allahyarham Mokhtar Dahari meninggal dunia, 1991
20 tahun selepas Senegal yang pernah bermain dalam Pestabola Merdeka, layak ke Piala Dunia 2002, Korea-Jepun
15 tahun dari sekarang, dikira mulai 2007
2 tahun selepas mencapai Wawasan 2020
Melihat angka-angka itu, terasa sungguh betapa ketinggalannya kita. Akan tetapi satu-satunya frasa yang rasanya boleh mungkin melupakan sejenak rasa ketinggalan itu ialah ‘better late than never’.
Sejak akhir2 ni kita selalu dgr orang2 atas FAM komplen bola sepak Malaysia mundur sebab tak dapat sokongan padu dari peminat.Betul ke?Bagi aku,terus terang aku cakap aku dah tak ikuti liga Malaysia dah 2-3 tahun.Aku x tau apa2 pasal liga Malaysia.Pasukan negeri aku pun aku x kenal.Sebab apa?Sebab bosan!!Main macam budak sekolah!!Kami sebagai penonton (korang pun same aku rase), nak belanja tiket bola pastu spend 2 jam untuk tengok game yang bermutu.Kalu setakat macam budak sekolah buat apa tgk?Buang masa aja.Bnyk lg bende lain boleh buat.Tapi ini tak bermaksud aku tak patriotik.Aku nak sangat tengok bola Malaysia maju,nak tgk Malaysia main world cup.Cuma rasa macam dah merajuk pun ade.Lantak la nak jadi apa pun.Cuma kalau la bola Malaysia tunjukkan sikit je peningkatan atau at least cuba untuk meningkat, then baru la aku support betul2. Agak2 kalau stadium sentiasa penuh cam EPL pun, bola Malaysia boleh naik ke?Tak tau la aku.So aku nak tanya korang semua,yang mana satu dulu(macam telur ngan ayam la ni hehe).Please vote!!!Aku x nak bincang pasal sebab2,cuma nak tau yg mana dulu antara 2 diatas.Nak cari sebab2 tu bukan kerja kita, tu kerja orang2 'berkuasa' bola sepak Malaysia.Majulah Sukan Untuk Negara

bagi aku...semua nie berpunca d menteliti orang kita...pemain kita hanya memburu imbuhan yang tinggi...aku rasa tak keterlaluan kalau aku salahkan persatuan negeri..mereka terlalu memanjakan pemain dengan wang ringgit...memang tak salah kalau pemain mengejar bayaran yang tinggi...sebab itu punca rezeki mereka...tapi jangan sampai kerena wang ringgit...mereka lupa tanggungjawab mereka pada negara...selama nie kita selalu dengar pemain minta kita jgn menuduh mereka..yang bukan2..mereka telah beri komitmen 100%...kalau benar mereka beri komitmen 100% pada negara..mengapa tahap permainan bolasepak tetap paha tahap itu...tiada langsung perubahan...pemain kita seolah tiada stamina....dan yang paling menghairankan aku...pemain malaysia apabila mencecah..usia penghujung 20an...prestasi mereka semakin merundum...bagi aku letak la jurulatih terbaik dunia...selagi pemain kita dan pengurusan tak betul...selagi itulah bolasepak kita tak kemana...satu lagi apa yang aku perhatikan senario bolasepak negara nie terlalu banyak sangat politik...hentikan lah semua ini untuk sama2 memajukan bolasepak negara...

No comments: