Friday, March 9, 2007

Adakah bumi kita selamat........


Kerana tangan-tangan manusia...Akhirnya inilah yang terjadi..
http://www.jkr.gov.my/bencana/

Jangan pandang belakang..


Kalu aku naik darah aku yang.......
kalu darah aku naik orang lain yang .........

Thursday, March 8, 2007

Wednesday, March 7, 2007

HALATUJU BOLASEPAK NEGARA....ADUHAiiiiiiiiii

‘Satu Malaya’ dah tahu hasil Simposium Bolasepak FAM minggu lalu. Dengan langkah yang sungguh berani FAM mengumumkan sasaran untuk Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Dunia iaitu tahun 2022. Media massa pula telah menjalankan peranannya dengan berkesan dalam mengetengahkan perkembangan ini ke khalayak masyarakat. Segalanya kini kelihatan seperti ’sudah sedia’ untuk dihadapi.
Namun begitu, elok direnung sedikit analisis tentang tahun 2022, iaitu sasaran yang telah ditetapkan itu. Berdasarkan perkiraan mudah, tahun 2022 itu adalah satu garis masa seperti berikut :
65 tahun semenjak Malaysia merdeka
36 tahun selepas Korea Selatan layak ke Piala Dunia 1986, Mexico
31 tahun setelah Allahyarham Mokhtar Dahari meninggal dunia, 1991
20 tahun selepas Senegal yang pernah bermain dalam Pestabola Merdeka, layak ke Piala Dunia 2002, Korea-Jepun
15 tahun dari sekarang, dikira mulai 2007
2 tahun selepas mencapai Wawasan 2020
Melihat angka-angka itu, terasa sungguh betapa ketinggalannya kita. Akan tetapi satu-satunya frasa yang rasanya boleh mungkin melupakan sejenak rasa ketinggalan itu ialah ‘better late than never’.
Sejak akhir2 ni kita selalu dgr orang2 atas FAM komplen bola sepak Malaysia mundur sebab tak dapat sokongan padu dari peminat.Betul ke?Bagi aku,terus terang aku cakap aku dah tak ikuti liga Malaysia dah 2-3 tahun.Aku x tau apa2 pasal liga Malaysia.Pasukan negeri aku pun aku x kenal.Sebab apa?Sebab bosan!!Main macam budak sekolah!!Kami sebagai penonton (korang pun same aku rase), nak belanja tiket bola pastu spend 2 jam untuk tengok game yang bermutu.Kalu setakat macam budak sekolah buat apa tgk?Buang masa aja.Bnyk lg bende lain boleh buat.Tapi ini tak bermaksud aku tak patriotik.Aku nak sangat tengok bola Malaysia maju,nak tgk Malaysia main world cup.Cuma rasa macam dah merajuk pun ade.Lantak la nak jadi apa pun.Cuma kalau la bola Malaysia tunjukkan sikit je peningkatan atau at least cuba untuk meningkat, then baru la aku support betul2. Agak2 kalau stadium sentiasa penuh cam EPL pun, bola Malaysia boleh naik ke?Tak tau la aku.So aku nak tanya korang semua,yang mana satu dulu(macam telur ngan ayam la ni hehe).Please vote!!!Aku x nak bincang pasal sebab2,cuma nak tau yg mana dulu antara 2 diatas.Nak cari sebab2 tu bukan kerja kita, tu kerja orang2 'berkuasa' bola sepak Malaysia.Majulah Sukan Untuk Negara

bagi aku...semua nie berpunca d menteliti orang kita...pemain kita hanya memburu imbuhan yang tinggi...aku rasa tak keterlaluan kalau aku salahkan persatuan negeri..mereka terlalu memanjakan pemain dengan wang ringgit...memang tak salah kalau pemain mengejar bayaran yang tinggi...sebab itu punca rezeki mereka...tapi jangan sampai kerena wang ringgit...mereka lupa tanggungjawab mereka pada negara...selama nie kita selalu dengar pemain minta kita jgn menuduh mereka..yang bukan2..mereka telah beri komitmen 100%...kalau benar mereka beri komitmen 100% pada negara..mengapa tahap permainan bolasepak tetap paha tahap itu...tiada langsung perubahan...pemain kita seolah tiada stamina....dan yang paling menghairankan aku...pemain malaysia apabila mencecah..usia penghujung 20an...prestasi mereka semakin merundum...bagi aku letak la jurulatih terbaik dunia...selagi pemain kita dan pengurusan tak betul...selagi itulah bolasepak kita tak kemana...satu lagi apa yang aku perhatikan senario bolasepak negara nie terlalu banyak sangat politik...hentikan lah semua ini untuk sama2 memajukan bolasepak negara...

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI

http://www.moe.edu.my/index.php?option=com_wrapper&Itemid=157

MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU....

Bahasa Melayu Mesti DiPerkasakan
Saya menyokong penuh kenyataan Senator Dr Mohd Fuad Zarkashi dalam perhimpunan Agong UMNO semalam, agar bahasa Melayu dapat didaulatkan dalam segala aspek cara hidup di Negara kita, apatah lagi mengenai pengajaran bahasa Melayu dalam semua aspek akademik di sekolah. Beliau mengambil contoh bagaimana pelajar-pelajar Melayu menjadi mangsa apabila matapelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya kajian demi kajian telah dibuat oleh pakar-pakar akademik di universiti-universiti tempatan sebelum ini, akan padahnya pengajaran bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan matematik. Namun, kajian ikhlas bernas mereka tidak diendahkan, kita ‘tongsampahkan’ kajian mereka. Kita banyak bersangka buruk terhadap mereka. Malah kajian mereka dikecam. Mereka dituduh sebagai golongan anti pembangunan, chauvanism atau amat tebal perkauman Melayu. Bagi saya, ini bukan soal anti pembangunan atau tebal semangat perkauman Melayu. Ini adalah soal maruah dan masa depan bahasa Melayu dalam sebuah Negara berakarkan bangsa Melayu (Tanah Melayu). Terus terang, saya adalah orang bukan Melayu, berbangsa Cina. Namun saya amat prihatin soal pembinaan bangsa Malaysia berakarumbikan bahasa Melayu. Inilah satu-satu caranya untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan bangsa Melayu agar tidak pupus ditelan zaman. Adalah suatu yang amat malang apabila sesuatu bangsa atau bahasa pupus di tanahair sendiri. Mengikut sejarah Negara bangsa dunia,,semua Negara ditegakkan berasaskan kepada bangsa dan bahasa yang dijadikan oleh Allah SWTCuba bayangkan cantiknya kejadian Allah SWT. Apabila dijadikan atau dikumpulkan orang Cina, maka terbentuklah sebuah Negara yang bernama China. Bangsa India membentuk negara India. Bangsa Arab membentuk negara-negara Arab. Bangsa Melayu membentuk negara Melayu. Begitu juga dengan bangsa-bangsa lain. Pendek kata, sesebuah bangsa itu akan membentuk berasaskan nama bangsa dan bahasa mereka tersendiri. Usaha-usaha diambil oleh negara bangsa ini akan memperkasakan bahasa dan agama mereka dengan sebaik mungkin tanpa diganggugugat oleh anasir-anasir dan pengaruh luar. Cuba kita kaji, berapa ramaikah orang bukan Melayu hatta menteri kabinet sendiri yang fasih atau boleh berbahasa Melayu dengan baik. Apabila ditanya atau diinterview oleh wartawan, bahasa Melayunya amat meloyakan. Apakah ini pembinaan bangsa Malaysia yang ingin kita jana? Kajian hendaklah dibuat secara serius mengenai penguasaan bahasa Melayu di kampung-kampung baru Cina atau di sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Berapa peratuskah yang boleh berbahasa Melayu dengan baik. Mengikut pengalaman saya, ada segelintir yang tidak boleh langsung bertutur dalam bahasa Melayu. Untuk fasih jauh sekali. Kajian juga mesti dibuat terhadap keputusan UPSR pelajar-pelajar jenis kebangsaan. Rata-rata pelajar-pelajarnya tidak dapat menguasai bahasa Melayu. Untuk makluman, UPSR di sekolah jenis kebangsaan mempunyai 7 matapelajaran, tambah 2 matapelajara bahasa Cina. Sebenarnya tidak ramai yang mendapat 7A. Rata-ratanya 5A. Kerana mereka tidak dapat A dalam 2 matapelajaran bahasa Melayu. Majoritinya gagal dan mendapatkan skor yang amat rendah dalam bahasa Melayu. Bayangkan, berapa ramai yang boleh menguasai bahasa kebangsaan ini dengan baik?. Berapa banyak kelas peralihan yang terpaksa disediakan untuk membantu mereka ini memahami bahasa Melayu. Itupun tidak banyak membantu kerana bila mereka tidak dapat memahami bahasa Melayu, segala apa yang diajar dalam Melayu di sekolah menengah tidak dapat difahami. Ini mengakibatkan pelajar bukan Melayu ketinggalan dan tercicir.. Pengalaman Negara jiran kita, Thailand sudah cukup memberikan pengajaran kepada kita. Thailand, adalah antara Negara yang paling cepat membangun dengan kekuatan semangat ‘kesiamannya’. Thailand telah menghapuskan sama sekali sekolah berasaskan kaum sejak 1930an, dan yang ada hanya sekolah satu aliran sahaja. Tujuannya tidak lain untuk memperkasakan bangsa dan bahasa Siam itu sendiri. Hasilnya, Thailand amat berjaya melahirkan sebuah negara Siam yang beridentiti dan bermaruah. Walaupun, ada berlaku kudeta, tetapi ia tidak menghalang negara ini untuk terus meningkat maju. Rakyatnya begitu unik sekali, menjunjung bahasa Siam dan agama Budhha. Ini senjata perpaduan nasional yang paling berkesan. Kerajaan Thailand berjaya ’mensiamkan’ rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum, tidak kira Cina atau Melayu. Semua orang melayu dan Cina fasih berbahasa Siam. Selain dari sistem pendidikan mereka berteraskan bahasa Siam, semua urusan seharian mesti berakarumbikan bahasa Siam. Semua iklan, produk (barangan), drama dan filem dari luar akan dialihbahasakan ke dalam bahasa Siam termasuk cerita-cerita Bollywood dan barat. Tetapi, apa jadi dengan Negara kita?. Adakah bahasa Melayu didaulatkan? Kita menerima semua filem daripada luar, tanpa dialih bahasakan ke dalam bahasa Melayu. Lebih menyedihkan lagi, stesen-stesen TV dan radio kita kadangkala beroperasi seolah-olah kita tidak berada di Malaysia tetapi berada di Hong Kong, di Amerika atau negara lain.Lebih menyedihkan lagi, kita membenarkan sekolah berasaskan kaum ini beroperasi dengan penuh semangat perkauman sebelum dan selepas merdeka tanpa dipantau dengan bersungguh-sungguh. Sekarang ini merebak kepada universiti perkauman (Universiti Tunku Abdul Rahman - MCA dan Universiti Terbuka Wawasan –Gerakan). Dasar ini amat merbahaya dan ancaman kepada perpaduan nasional. Kenapa kita tidak bangunkan Malaysia dengan semangat ’kemalaysiaan’ berakarumbikan bahasa Melayu. Kalaulah sekolah dan universiti perkauman sudah menjadi dasar kerajaan, maka pemantauan hendaklah dilaksanakan tanpa kompromi. Bahasa Melayu mesti didaulatkan dan diperkasakan ditempat-tempat sebegini.Mengikut kefahaman saya, yang menganut berbagai agama sebelum memeluk agama Islam, tidak ada satupun agama didunia ini yang menolak untuk mempelajaran bahasa asing. Apatah lagi agama Islam. Tuntutan Islam mengenai perlunya mempelajari bahasa lain amat jelas. Nabi Muhammad SAW amat menuntut umatnya menuntut mempelajari bahasa lain sebagai mesej dakwah hatta sampai ke negeri China sekalipun. Tetapi janganlah sampai keghairahan mempelajari bahasa lain sehingga bahasa sendiri di kesampingkan. Kita mesti ingat, bahasa ini adalah anugerah Allah SWT. Setiap bangsa yang dijadikan oleh Allah SWT mempunyai kekuatannya tersendiri. Kita tidak boleh memperlekehkan bahasa atau agama sendiri. Kerana ia anugerah Allah. Apatah lagi jika ada yang sanggup mengatakan ‘saya kelihatan bodoh (stupid) jika bercakap dalam bahasa Melayu’. Kita mesti ingat bahawa, Malaysia dari segi sejarahnya adalah sebuah negara Melayu. Malaysia berasal dari akar kata Tanah Melayu. Ini kerana kejadian asalnya. Allah kumpulkan orang Melayu di kepulauan Melayu, maka terbentuklah sebuah negara bangsa bernama Tanah Melayu. Malangnya, semua dasar negara kita tidak berasaskan Melayu malah berbau perkauman yang ketara, sekolah perkauman, universiti perkauman, parti perkauman, surat khabar perkauman, stesen radio dan tv perkauman, NGO perkauman dan berbagai contoh lagi. Saya tidak kisah sama ada kementerian yang menjaga bahasa Melayu ini diletakkan di bawah menteri Melayu atau bukan Melayu, apa yang penting ktia mesti mempunyai DASAR yang mesti dipatuhi oleh semua kaum dan pihak. Tidak ada gunanya kita letakkan Menteri Melayu menjaga bahasa Melayu, jika orang ini tidak ada roh untuk mendaulatkan bahasa Melayu.

GURU OHHHHHH GURUUUUUUUKU...........








http://www.moe.edu.my/hariguru/mainpage.html